top of page
Nota Tatabahasa : Kata Kerja
Kata kerja ialah perkataan yang digunakan untuk menunjukkan perbuatan yang dilakukan sama ada oleh manusia, haiwan atau benda. Kata kerja terbahagi kepada dua jenis iaitu :
-
Kata Kerja Transitif
-
Kata Kerja Tak Transitif
Kata kerja transitif ialah kata kerja yang tidak dapat berdiri tanpa objek. Kata kerja ini menunjukkan sesuatu perbuatan yang dilakukan oleh pembuat terhadap pihak, benda atau orang lain. Objek di belakang kata kerja ini amat perlu untuk melengkapkan maksudnya.
Contoh Ayat :
-
Dia melukis gambar.
-
Emak menggunting kain.
-
Adik memasuki bilik itu.
Kata kerja tak transitif ialah kata kerja yang sudah sempurna maknanya dan dapat berdiri sendiri dalam ayat tanpa memerlukan objek.
Contoh Ayat :
-
Bayi itu menangis.
-
Lilin itu terpadam.
Walau bagaimanapun, kata kerja tak transitif boleh diikuti dengan keterangan.
Contoh Ayat :
-
Bayi itu menangis kerana lapar.
-
Lilin itu terpadam apabila terkena air.
bottom of page