top of page

Nota Tatabahasa : Kata Nama

Kata Nama
Kata Nama dibahagikan kepada dua jenis iaitu :
 
 
 
Kata Nama Am

Kata Nama Am ialah kata yang digunakan untuk menjelaskan nama sesuatu yang bernyawa seperti orang, haiwan, dan sesutu yang tidak bernyawa seperti tumbuh-tumbuhan, tempat , benda, dan sebagainya.

Dengan kata lain perkataan Nama Am digunakan bagi menyebut sesuatu secara am atau umum.

Kata nama am dapat dibahagikan kepada kata nama yang:

(a) konkrit, iaitu nama sesuatu yang dapat dipegang, atau dapat dirasa, atau dapat dilihat

 

 

 

 

 

 

 

(b) abstrak, iaitu nama sesuatu yang hanya dapat dibayangkan atau dikhayalkan.

 

 

 

 

 

 

 

4. Kata nama am konkrit dan abstrak boleh terdiri daripada kata asal dan kata nama terbitan. Berikut adalah beberapa contoh kata nama terbitan:

  • buai - buaian

  • tua - ketua

  • raja - kerajaan

  • tahu - pengetahuan

5. Kata nama am hendaklah ditulis dengan menggunakan huruf kecil melainkan pada awal ayat. Contoh:

  • Dia sedang menjinakkan seekor gajah.

  • Gajah itu berbadan besar. (pada awal ayat)

Kata Nama Khas


Kata nama khas ialah kata nama yang secara khususnya digunakan untuk menyebut nama sesuatu benda sama ada benda yang bernyawa dan yang tidak bernyawa.
 

Benda-benda yang bernyawa ialah nama manusia dan nama binatang.


Benda-benda yang tidak bernyawa ialah nama tempat, judul buku, nama bangunan, dan sebagainya.


Perkataan Nama Khas digunakan bagi menyebut sesuatu yang tertentu, khusus atau khas.

 

 

  • benda : Seri Aman, Volvo, Parker 45, Hikayat Hang Tuah

  • orang : Cik Rafidah, Inspektor Azman, Dr. Long 

  • binatang : Blacky, Pak Belang, Sang Kancil

  • tempat : Kampung Bahru, Shah Alam, Kuala Lumpur

Biasanya huruf pertama perkataan nama khas ini hendaklah ditulis dengan huruf besar.

bottom of page